Selasa, 15 September 2015

Simulasi Haji Cilik Program

Hari ni Ilham ada Simulasi Haji Cilik Program di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam anjuran bersama Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM).

Balik dari sekolah semalam, Ilham bawa 2 helai kain Ihram sekolah bekalkan. So, malamnya test pakaikan Ihram kat dia. Maklumlah ibu & ayahnya belum ada pengalaman lagi ke Tanah Suci Mekah. Dah cuba lipat-lipat, lilit-lilit, pusing-pusing, dan inilah hasilnya. Hehe


Pagi tadi, semangat dia bangun awal dari biasa. Bangun sendiri tak payah kejut-kejut. Memang kena ada kat sekolah awal dari biasa pun. Semalam dah test cara-cara pakaikan Ihram kat dia, so pagi ni smooth je la. 

Sampai je kat sekolah, semua dah berkumpul, yang lelaki pakai Ihram & yang perempuan pakai telekung. Comel-comel jer semua. Hehe. Lepas tu teacher pakaikan Secure Neck Bag, biasanya bag kecil tu utk letak passport & pass pengenalan diri. Sebelum berangkat, siap ada Azan dilaungkan. Macam bebetul je nak pergi Haji. Heeee. Ibu & ayah hantar Ilham naik bas jer. 


Hari ni Ilham balik lewat sikit dari biasa. Ibu tunggu dalam 15min juga la. On the way balik rumah tu, seronok je dia bercerita walaupun nampak letih. Sambil tunjuk tag nama "Bakal Jemaah Haji Malaysia" & rambut yg digunting sikit masa aktiviti "Haji" tadi.


Alhamdulillah, selesai aktiviti Ilham hari ni. Nanti kita pergi Tanah Suci Mekah satu family ya Ilham. InshaaAllah

~~~~~

Info :-
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ Instagram : @kulit_cantik_halus_gebu
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar