Tampilkan postingan dengan label Simulasi Haji Cilik Program. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Simulasi Haji Cilik Program. Tampilkan semua postingan

Kamis, 17 September 2015

Kesinambungan Cerita "Haji Ilham"

Tak habis lagi cerita "Haji Ilham" ni. Haha


Masa jemput dia kat sekolah tadi, sempat sembang2 sekejap dgn Teacher. Alhamdulillah, teacher cakap Ilham baik jer, ikut jer apa teacher suruh. Walaupun nampak letih, tapi dia tak meragam.

Balik tadi, sibuk dia tunjuk "Message Book" dia. Rupanya nak tunjuk Buku Panduan Simulasi Haji Cilik ni. Siap ada boarding pass lagi. Hehe

Kita simpan sebagai kenangan dan sebagai rujukan untuk akan datang ya Ilham.

~~~~~

Info :-
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ Instagram : @kulit_cantik_halus_gebu~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

Selasa, 15 September 2015

Simulasi Haji Cilik Program

Hari ni Ilham ada Simulasi Haji Cilik Program di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam anjuran bersama Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM).

Balik dari sekolah semalam, Ilham bawa 2 helai kain Ihram sekolah bekalkan. So, malamnya test pakaikan Ihram kat dia. Maklumlah ibu & ayahnya belum ada pengalaman lagi ke Tanah Suci Mekah. Dah cuba lipat-lipat, lilit-lilit, pusing-pusing, dan inilah hasilnya. Hehe


Pagi tadi, semangat dia bangun awal dari biasa. Bangun sendiri tak payah kejut-kejut. Memang kena ada kat sekolah awal dari biasa pun. Semalam dah test cara-cara pakaikan Ihram kat dia, so pagi ni smooth je la. 

Sampai je kat sekolah, semua dah berkumpul, yang lelaki pakai Ihram & yang perempuan pakai telekung. Comel-comel jer semua. Hehe. Lepas tu teacher pakaikan Secure Neck Bag, biasanya bag kecil tu utk letak passport & pass pengenalan diri. Sebelum berangkat, siap ada Azan dilaungkan. Macam bebetul je nak pergi Haji. Heeee. Ibu & ayah hantar Ilham naik bas jer. 


Hari ni Ilham balik lewat sikit dari biasa. Ibu tunggu dalam 15min juga la. On the way balik rumah tu, seronok je dia bercerita walaupun nampak letih. Sambil tunjuk tag nama "Bakal Jemaah Haji Malaysia" & rambut yg digunting sikit masa aktiviti "Haji" tadi.


Alhamdulillah, selesai aktiviti Ilham hari ni. Nanti kita pergi Tanah Suci Mekah satu family ya Ilham. InshaaAllah

~~~~~

Info :-
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ Instagram : @kulit_cantik_halus_gebu
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com