Kamis, 10 September 2015

Kepentingan Sarapan Pagi


Sarapan boleh menjadi masa makan yang agak sukar dijangka. Ada sesetengah yang tidak akan keluar selagi perut tidak diisi. Manakala yang lain pula langsung tiada selera atau masa untuk menjamah apa-apa. Namun ramai yang tahu pentingnya sarapan dalam diet seharian.

Menurut Pakar Perunding Endokrinologi, dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Norlaila Mustafa, trend rakyat Malaysia tidak mengambil sarapan pagi semakin merisaukan. “Tabiat meninggalkan sarapan menyebabkan paras insulin menjadi tinggi yang boleh mendedahkan tubuh terhadap risiko diabetes. Secara asasnya, pengambilan sarapan berfungsi menghindarkan kelaparan dan membantu mengelakkan seseorang terlebih makan pada waktu kemudian. Ini akan menggalakkan seseorang mengambil makanan pada kadar sepatutnya dan membantu mengurangkan risiko obesity”

Pengambilan sarapan pagi adalah lebih penting daripada makan tengahari. Diet pemakanan kita tidak akan lengkap sekiranya kita abaikan pengambilan sarapan setiap pagi. Sarapan pagi mempunyai kebaikan yang tersendiri dalam menjaga kesihatan dan kecekalan minda kita.

Pengambilan sarapan pagi dengan menu sihat dapat membantu tubuh badan anda dalam meningkatkan metabolisme. Malah pemakanan seharian anda juga akan lebih teratur. Sarapan pagi juga penting dalam memberikan tenaga untuk memulakan kerja atau aktiviti seharian. Jika anda 'skip' sarapan pagi, pasti badan akan terasa lemah dan lesu.

Konsentrasi anda juga mungkin akan terganggu. Selepas ‘berpuasa’ dari mengambil makanan ketika tidur malam, pada waktu pagi badan kita memerlukan makanan bagi membantu ‘boost up’ konsentrasi sewaktu bekerja dan sewaktu melakukan aktiviti harian kita. Ini kerana perut kosong akan buatkan kita lapar dan hilang fokus.

Sarapan pagi juga baik untuk kesihatan jantung. Orang dewasa dan kanak-kanak yang meninggalkan sarapan pagi lebih mudah untuk mendapat kolesterol dalam darah yang lebih tinggi di mana ia adalah salah satu risiko besar untuk mendapat sakit jantung. Pengambilan fiber dalam sarapan seperti roti memberikan anda tubuh yang ‘fit’ dan sihat.

Tips Pengambilan Sarapan yang Sihat

#1 Masa terbaik untuk sarapan adalah antara jam 6 hingga jam 9 pagi. Tiada istilah brunch.
#2 Ambil sarapan dalam tempoh sejam atau selepas berjalan. Elakkan mengambil sarapan yang lewat
#3 Makan makanan tinggi protein bagi membantu mengurangkan rasa lapar dalam tempoh yang lama
#4 Tambah buahan dan sayuran seperti pisang dalam bijirin dan lada benggala dalam omelette
#5 Elakkan mengambil pastry, makan makanan manis seperti donut dan muffin ketika bersarapan. Makanan ini membuatkan kita cepat berasa lapar
#6 Banyakkan juga meminum air kosong setiap hari

Tanpa sarapan pagi, tubuh badan akan lebih susah untuk mendapat nutrien seperti serat dan vitamin serta mineral supaya badan dapat berfungsi dengan baik. Dengan mengabaikan sarapan pagi ia akan membuatkan badan anda hilang nutrien penting. Buahan dan bijiran sangat digalakkan untuk sarapan pagi kerana khasiatnya yang tinggi. Jadi, jangan abaikan sarapan pagi ya. :)


~~~~~
"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Info :-
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ Instagram : @kulit_cantik_halus_gebu 
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar