Senin, 07 September 2015

Kegunaan Ais Untuk Kecantikan dan Kesihatan

Adakah anda tergolong dalam golongan wanita yang cantik? Jika ya, bersyukurlah. Fitrah manusia sukakan kecantikan dan ingin selalu cantik. Berdasarkan kajian di barat wanita yang cantik mampu mendorong pasangan mereka untuk memperbaiki penampilan dan membuatkan mereka merasa senang hati.

Wanita cantik juga dikatakan lebih dihargai tinggi keyakinan dan mudah meraih cinta dan pekerjaan. Hakikatnya semua wanita dilahirkan di dunia memiliki keistimewaan dan kecantikan tersendiri. Namun atas swbab 'tertentu' mungkin kecantikan tersebut perlahan-lahan hilang.

Sekarang tengok cermin dan apa yang anda lihat? Jika anda rasa kurang senang kerana wajah semakin pudat kecantikannya, take it easy. Lihat kembali adakah anda seorang yang mudah curiga, cepat letih dan berhadapan dengan pelbagai konflik termasuklah pekerjaan. Jika jawapannya ya, masih belum terlambat untuk anda mendapatkan rawatan dan kembalikan semula aura diri.


Hanya dengan menggunakan AIS, banyak kelebihan yang boleh kita dapati. Kaedahnya sangat mudah, jom kita baca sama-sama bagaimana & apa kegunaan AIS untuk kecantikan

#1 Mengecilkan Ruang-ruang Pori
Ais dikatakan penawar paling efektif untuk meminimumkan ruang-ruang pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalit dengan tuala kecil di wajah.

#2 Mengubati Mata Sembab
Keletihan dan kurang tidur boleh menjadikan mata sembab. Bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit terutamanya di bahagian bawah mata. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan mata anda.

#3 Jerawat
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais fan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai menyeimbangkan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat.

#4 Mengurangkan Bulu Halus
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah, rawatan ais juga boleh membantu

#5 Wajah Lebih Anjal & Lembut
Untuk wajah yang lebih lembut, sapukan ais tiga kali seminggu.

Rawatan Mandi Ais juga banyak manfaatnya. Jika sering mengamalkan mandi air sejuk atau mandi ais, ia merupakan satu terapi dan mempunyai banyak kebaikan. Malah, mandi ais juga telah menjadi salah satu teknologi dalam rawatan untuk merawat penyakit, kecantikan dan juga menenangkan minda.

Ais dapat menjadikan kulit dan rambut lebih sihat disamping membantu mengecilkan kutikel kulit dan pori-pori, seterusnya mengurangkan masalah jerawat. Selain itu, air sejuk membantu menyingkirkan kotoran dan toksin dalam kulit menjadikan kulit lebih bersih dan awet muda. Mandi ais juga dipercayai mampu meningkatkan aura dan menjadi pilihan untuk mengembalikan tenaga, meningkatkan kecerdasan minda, meredakan tekanan perasaan, menceriakan emosi dan sebagainya.

Tahukah anda?

Mandi air sejuk dikatakan dapat menjadi penawar untuk demam dan jangkitan kuman pada badan. Menurut satu kajian, kadar metabolisme yang tinggi hasil daripada mandi air sejuk adalah disebabkan badan kita cuba memanaskan badan secara sendiri dan mengaktifkan sistem imunisasi, sekali gus menghasilkan lebih banyak sel darah putih.

Selain itu, mandi ais juga dapat meningkatkan tenaga kerana jantung akan mengepam darah dengan lebih aktif seterusnya darah dapat mengalir dengan lancar ke seluruh badan.

Bukan itu sahaja, mandi ais juga dapat membantu untuk menjadi lebih kurus apabila ia merupakan cara terbaik untuk membakar lemak. Ini kerana kalori yang dibakar melalui haba kebanyakannya datang daripada lemak. Apabila badan terdedah dengan suhu sejuk, lemak akan terbentuk. Sel-sel lemak inilah yang akan membakar glukosa dalam badan bagi menghasilkan haba badan. Penghasilan lebih banyak sel lemak akan membantu pembakaran lebih banyak tenaga, seterusnya dapat menjadikan tubuh lebih kurus.

Tekanan perasaan juga dapat dikurangkan dengan mandi air sejuk. Kajian dari Universiti Virginia Commonwealth mendapati air sejuk boleh merangsang ‘titik biru’ pada otak iaitu sumber utama bahan kimia yang membantu mencegah tekanan perasaan yang dikenali sebagai noradrenaline.

Cara yang paling cepat untuk memulihkan otot yang tercedera adalah dengan mandi ais, selain dapat mengurangkan kesakitan sebanyak 20 peratus. Malah, untuk kaum lelaki pula, mandi ais dikatakan dapat meningkatkan kadar hormon testosterone yang akan memberikan kekuatan dan tenaga tambahan.

~~~~~

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Info:-
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat

~ Instagram : kulit_cantik_halus_gebu 
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar