Selasa, 08 September 2015

Badan Berasid atau Bertoksik




TOKSIN merupakan bahan kimia yang diketahui mempunyai kesan berbahaya pada tubuh. Ia boleh didapati daripada makanan atau air, bahan kimia yang digunakan dalam penyediaan makanan dan daripada udara yang kita sedut.

Walaubagainanapun, badan kita boleh memproses sisa toksin ini melalui hati dan buah pinggang lalu menyingkirkannya dalam bentuk peluh, air kencing dan najis. Tetapi, dengan gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, kurang melakukan aktiviti fizikal, minum alkohol berlebihan dan kurang tidur boleh membawa kepada kurang keberkesanan organ kita untuk menjalankan detoksifikasi secara semulajadi.

Disebabkan itulah toksin terkumpul di dalam badan. Pada mulanya, ia meletakkan seseorang dalam status sub-sihat. Jika tahap toksik adalah lebih daripada tahap yang selamat, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan.

Berbeza dengan badan berasid, ia pula berlaku disebabkan fungsi yang dikurangkan dalam organ tertentu yang terlibat dalam proses homeostasis. Punca utama badan berasid lebih kepada corak pemakanan yang tidak seimbang.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan. Tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat pula merupakan antara penyumbang utama kepada keasidan di dalam badan.



Antara Penyakit yang disebabkan Badan Berasid

1. Kanser Sel
Sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser

2. Kencing Manis
Bahan toksik berasid berkumpul di pankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.

3. Penyakit Buah Pinggang
Pengumpulan toksik berasid dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang

4. Darah Tinggi
Toksik berasid dalam badan melekat dan berkumpul di bahagian dinding kapilaro darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

5. Darah Rendah
Toksik berasid menyerap ion kalsium dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah

6. Gout
Toksik berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit

7. Osteoporosis
Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium dan tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis

8. Sembelit
Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.

Tahukah Anda? Bahagian badan yang paling berasid adalah PERUT. Perut menghasilkan banyak asid hidroklorik untuk mencerna makanan. Amalan pemakanan makanan yang berasid seperti ayam, daging, produk dalam tin dan sebagainya boleh menjejaskan aktiviti pencernaan lalu meningkatkan kadar penyerapan asid dalam badan.

Lebihan asid yang banyak tidak dapat di rembes oleh ginjal dan bertakung di dalam salut pencernaan (salur kencing). Keadaan ini menyebabkan kegagalan ginjal untuk berfungsi dan menyebabkan pembentukan kristal di dalam salur percernaan.

Kristal yang terbentuk dikenali sebagai batu karang dan menyebakan individu mengalami penyakit batu karang. Keadaan ini akan berterusan dan akan menyebabkan tahap keasidan dalam badan semakin meningkat lalu mengakibatkan pelbagai penyakit dan membawa kepada kematian.

Jadi, jaga pemakanan kita dengan mengambil makanan seimbang ya, "We Are What We Eat". Singkirkan asid, seimbangkan pH. Minum air secukupnya, sekurang-kurangnya 8 gelas sehari ok. 

~~~~~
"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Untuk Info & Order
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ Instagram : kulit_cantik_halus_gebu
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar