Minggu, 04 Oktober 2015

Sesi Melepas Rindu Bersama Kawan Sekolah

Cuti Raya Haji yang lepas, Eina berkesempatan berkumpul dgn beberapa kawan masa sekolah. Perancangan awalnya, nak buat reunion kecil jer, sambil buat potluck. Tapi ramai yang tak dapat join, sebab ada hal peribadi masing2. 

Jadi, kami rancang jumpa di rumah penyelia asrama kami iaitu cikgu kami sendiri, Cikgu Hakkam. Alhamdulillah, walaupun last minute punya plan, dapat juga jumpa. Terubat sikit rindu nak jumpa kawan-kawan. Tapi tak ramai cuma kami berempat sahaja.


Masing-masing dah berkeluarga, maklumlah dah 17 tahun tinggalkan alam persekolahan. Anak-anak cikgu pun dah besar2, yg sulung dah 21thn tu. Wahhh terasa diri ini 'berusia' hehhe. Eh tapi still maintain 'comey' ok (bluwekkkk, haha).

Rasa seronok sangat dapat jumpa. Macam-macam cerita zaman sekolah keluar tau. Walaupun tak ramai dan sekejap, tapi riuh rumah Cikgu kami kerjakan dengan kerenah anak-anak. Hehe


Dah puas makan, sembang memang tak puas la kan. Sedar2 jer hari dah petang. Next time kita buat reunion lagi ya, make sure ramai yang boleh join nanti. Rindu dgn korang semua. Sebelum balik, kita 'wefie' bersama Cikgu Hakkam & Kak Aisyah sebagai kenangan.


T.kasih Cikgu Hakkam & Kak Aisyah kerana menerima kunjungan kami. Sedap akak masak, nak tambah malu. Haha. InshaaAllah ada masa panjang umur, kita jumpa lagi.

~ Eina ~
Kelas 5 Pintar 1998
SMKSK, Pontian, Johor

Tidak ada komentar:

Posting Komentar