Jumat, 23 Oktober 2015

Pertama Kali Menang Giveaway

Assalamualaikum semua.

Selamat berhujung minggu. Apa aktiviti korang hari ni. Eina duduk rumah macam biasalah aktiviti WAHM. Sambil-sambil buat kerja rumah yang tak pernah habis ni, sambil melayan anak-anak, curi masa sekejap berblog hehe.

Hari ni Eina nak kongsi rasa happy bila dapat tahu Eina salah seorang pemenang Giveaway yang dianjurkan dari rakan blogger yang baru sahaja Eina kenal. Alhamdulillah ada juga rezeki untuk menang Giveaway anjuran blogger Anies. Pertama kali menang ni tau, excited betul. haha

Terima kasih Anies, sudi pilih blog Eina sebagai salah seorang pemenang Giveaway Anies. Hadiah pun dah sampai. 


Alhamdulillah semoga ikatan ukhuwah kita sebagai rakan blogger dan sesama muslim kekal terjalin. InshaaAllah. Eina doakan Anies terus berjaya dunia dan akhirat. Sekali lagi terima kasih Anies.

InshaaAllah, Eina juga plan nak buat Giveaway yang pertama akan datang. Harap2 ada yang sudi join nanti. Hehe.

Akan di update nanti ya.

Jumpa lagi. 

~~~
Info :-
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759


Tidak ada komentar:

Posting Komentar