Hormon merujuk kepeda sebatian kimia yang bertindak sebagai penyampai maklumat/isyarat antara sel-sel badan melalui darah dan penting dalam transduksi isyarat organisma multisel.
Hormon-hormon dapat digolongkan kepada jenis amina (contoh: tiroksina), peptida (contoh: insulin) dan lipid (contoh: testosteron) bergantung kepada sifat kimia.
Siapa ada masalah hormon yang tidak menentu? Eina pernah alami zaman remaja dulu. Kitaran haid tidak teratur, pernah tiada datang haid selama 3 bulan. Kalau dah kahwin orang kata dah berisi, hehe.
Masalah Eina berlarutan hingga tahun pertama perkahwinan Eina. Dah kahwin still ada masalah ketidakseimbangan hormon, memang harus dipandang serius. Eina cuma amalkan Evening Primrose Oil (EPO) dari salah satu jenama popular di pasaran untuk atasi masalah ini. Tapi masih tidak membantu sepenuhnya. Satu lagi, bila datang haid masalah senggugut pula yang melanda. Teruk sakitnya sampai berguling-guling dibuatnya.
Jika anda ada mengalami masalah ini berlarutan dan agak teruk, sila buat pemeriksaan doktor segera untuk mengetahui punca dan masalah sebenar. Alhamdulillah selepas dapat nasihat dari doktor, Eina tahu punca dan masalah sebenar Eina dan Alhamdulillah sekarang tiada lagi masalah tersebut. Better late than never :)
Seimbangkan hormon melalui pemakanan yang sihat.
Pengambilan makanan berserat boleh menyeimbangkan hormon. Dengan mengambil serat diet tinggi, kadar estrogen akan menurun semasa fasa kitaran haid. Oleh itu, perbanyakkan mengambil buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang setiap hari.
Tahukah anda pengambilan soya juga boleh membantu menyeimbangkan hormon. Terdapat kompaun estrogen yang dipanggil fitoestrogen di dalam soya yang membantu mengimbangi kadar turun naik estrogen semulajadi pada wanita. Pastikan anda ambil soya dari sumber yang selamat seperti Non-GMO Soy Protein ya. :)
Pengambilan Kalsium dan Magnesium pula membantu mengurangkan gejala PMS atau senggugut dan bantu mengurangkan rasa sakit juga. Kalsium dan Magnesium merupakan nutrisi penting yang perlu kita ambil dalam seharian.
Antara makanan yang kaya dengan sumber kalsium dan magnesium ialah susu, kacang-kacangan, dan sayur-sayuran berwarna hijau, bijirin, pisang dan banyak lagi yang baik untuk memenuhi keperluan kalsium dan magnesium harian anda.
Sebuah kajian menunjukkan adanya kaitan antara kesuburan dengan jumlah ikan yang kita ambil. Minyak ikan boleh menyeimbangkan hormon, lalu meningkatkan kadar hormon tersebut dan mempercepatkan peredaran darah ke uterus. Semakin banyak kita mengambil asid lemak Omega-3 dari ikan, semakin rendah pula risiko kita mengalami bayi pra-matang dan kemandulan. Antara sumber makanan yang mengandungi asid lemak Omega-3 ialah minyak zaitun, ikan salmon, ikan tuna, soya, telur, bayam dan banyak lagi.
Kesimpulannya, ambil pemakanan baik dan sihat untuk membantu menyeimbangkan hormon kita juga baik untuk kesuburan.
Semoga bermanfaat :)
~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Info :-
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529)
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ Instagram : @kulit_cantik_halus_gebu
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar