Vitamin E atau nama Biokimianya Tocopherol dan Tocotrienols ini adalah merupakan bahan anti-oksida yang penting dalam pembentukan sel-sel darah merah dan membantu mengekalkan kesihatan kulit dan mata.
Vitamin E ini bersifat larut lemak. Kelarutannya dalam lemak merupakan sifat yang menguntungkan kerana sebahagian besar kerosakan akibat radikal bebas terjadi di dalam membran sel dan lipoprotein yang diperbuat daripada molekul lemak.
Selain sangat bermanfaat bagi kesihatan kulit dan mata, Vitamin E adalah antioksidan larut lemak yang merupakan kunci dari sistem kekebalan tubuh yang kuat. Ia juga penting untuk fungsi darah, mencegah asam lemak yang berlebihan, menjaga rangkaian kesihatan kulit, mata, darah merah dan hati. Sebagai antioksidan semulajadi, melindungi paru-paru dari pencemaran udara.
Vitamin E banyak terdapat pada buah-buahan, susu, mentega, telur, sayur-sayuran terutama kacang kecambah. Contoh sayuran yang mempunyai banyak Vitamin E ialah minyak biji gandum, minyak kedelai, minyak jagung, alfafa, selada, kacang-kacangan, asparagus, pisang strawberi, biji bunga matahari, buncis, ubi jalar dan sayuran berwarna hijau. Vitamin E lebih banyak terdapat pada makanan yang belum diproses.
Fungsi sebenar Vitamin E adalah
#1 meningkatkan daya tahan tubuh, membantu mengatasi stress, meningkatkan kesuburan, mengurangkan risiko penyakit kanser dan penyakit jantung koroner.
#2 meningkatkan keanjalan dan kelembapan kulit, menghalang proses penuaan, melindungi kulit dari kerosakan akibat radiasi sinar ultraviolet, serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.
#3 Sebagai antioksidan. Membantu melindungi struktur sel yang penting terutama membran sel dari kerosakan dari radikal bebas.
#4 Melindungi sel darah merah yang mengangkut oksigen ke seluruh rangkaian tubuh dari kerosakan. Selain boleh melindungi dari akibat kelebihan vitamin A dan melindungi vitamin A daripada kerosakan, vitamin ini juga boleh melindungi haiwan daripada akibat pelbagai ubat, bahan kimia, dan logam yang menyokong pembentukan radikal bebas.
Pengambilan Vitamin E dari makanan dalam sehari hanya mengandungi 25IU. Kajian membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200IU. Pengambilan harian 800IU vitamin E bantu untuk jantung yang sihat. Para lelaki yang mengambil 600IU - 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser.
Antara gejala kekurangan Vitamin E adalah
- Perubahan degeneratif pada sistem saraf dan otak
- Kelemahan dan kesulitan berjalan
- Kesakitan pada otot
- Gangguan penglihatan
- Anemia
- Kulit kering, rosak dan tidak sekata
- Tubuh mudah lebam
- Luka lambat sembuh
- Kurang ghairah seksual
- Mandul
- Jerawat disebabkan liang pori tersumbat
Ambil Vitamin E secukupnya dan pastikan dari sumber semulajadi ya.
~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.
"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Info :-
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529)
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ Instagram : @kulit_cantik_halus_gebu
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar