Jumat, 19 Desember 2014

Kaitan Resdung & Migrain

Sesetengah orang yang menghidap migraine turut mempunyai symptom yang sama seperti resdung misalnya hidung tersumbat atau mata berair. Satu kajian besar-besaran mendapati, hampir 90% orang yang mengadu sakit kepala resdung, turut menghidap migraine. Kajian ini diasaskan oleh GlaxoSmithKline, syarikat yang menghasilkan ubat migraine. Oleh itu berwaspadalah jika anda kerap merasa sakit kepala ketika resdung menyerang. Ia mungkin juga petanda migraine.


Migrain memang sukar untuk pulih. Namun dengan mengenalpasti dan mengelakkan pencetus migraine dalam keadaan tertentu, anda boleh mengurangkan penderitaan akibat migraine. Perhatikan 9 langkah pencegahan ini mungkin boleh membantu anda.

Simpan Diari Sakit Kepala
Ia boleh membantu anda dan doctor memantau keberkesanan rawatan. Pesakit dapat mengkaji rekod tentang perkara yang dilakukan, makanan yang dimakan dan perkara-perkara yang berlaku dalam tempoh 24 jam sebelum bermulanya migraine. Ia juga boleh mengajar tentang pencetus migraine anda

Kawal Pendedahan Terhadap Rangsangan
Cahaya terang atau berkelip kadang-kadang boleh menyebabkan migraine. Pakai cermin mata hitam pada hari-hari cerah atau musim sejuk walaupun terang. Contohnya ketika terdapat silau dari salji, air dan bangunan yang boleh mencetuskan tindak balas migraine

Cermin mata hitam perlu mengandungi kanta kualiti yang baik dengan panel sisi. Sesetengah pesakit migraine mendapati bahawa kanta biru atau hijau berwarna boleh membantu. Rehatkan mata secara berkala apabila menonton televisyen atau ketika menggunakan computer. Laraskan kecerahan dan tahao kontras pada skrin computer dan televisyen. Kurangkan pantulan dari skrin dengan penapis dan turunkan tirai atau langsir apabila matahari mulai terik. Rangsangan bukan visual seperti aroma yang kuat perlu dielakkan.

Beri Perhatian Kepada Pemilihan Makanan
Ambil tahu tentang makanan, bahan tambahan yang boleh menyebabkan sakit kepala atau elakkan daripada makan makanan tersebut. Makanan dan minuman dengan kafein atau alcohol adalah pencetus biasa. Oleh itu, hadkan jumlah pengambilan kafein anda sepanjang hari. Amalkan diet yang seimbang, makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan protein yang berkualiti. Makan banyak bayam, serta telur, yogurt dan susu rendah lemak. Makanan seperti ini mengandungi vitamin B yang dapat membantu mencegah migraine.

Makanan yang kaya dengan magnesium membantu melegakan saluran darah dan memastikan fungsi sel dengan betul. Ia termasuklah kacang (terutamanya badam), cashews, biji-bijian, germa gandum, kacang soya dan pelbagai sayur-sayuran.

Kapsul minyak ikan
Ikan berminyak juga boleh mencegah migraine. Makanlah ikan berminyak tiga kali seminggu untuk meningkatkan pengambilan Omega-3 dan asid lemak. Jangan melangkau waktu makan, terutamanya sarapan. Rasa lapar boleh menyebabkan migraine. Makan sedikit dan lebih kerap untuk mengelakkan perubahan ketara gula dalam darah. Minum air dengan banyak.

Hormon Memainkan Peranan Besar Dalam Migrain
Ramai wanita cenderung untuk mengalami sakit kepala migraine semasa pusingan haid mereka. Pada masa ini, wanita perlu berhati-hati dengan diet dan rutin senaman mereka. Pil perancang juga boleh meningkatkan kekerapan dan kesakitan migraine yang dialami.

Tidur Pada Waktu Yang Tetap
Tidur yang terlalu sedikit atau terlalu banyak turut dikaitkan sebagai pencetus migraine. Selain daripada memastikan anda mendapat tidur yang cukup, sebaik-baiknya rancanglah jadual tidur dan bangun secara tetap. Gangguan kepada rutin jadual tidur bakal mencetuskan sakit kepala atau migraine.

Ambil Ubat-Ubatan Sebagai Pencegah
Walaupun migraine boleh datang dengan atau tanpa ubat, adalah sangat penting untuk mendapatkan nutrient yang sepatutnya. Mengambil herba dan mineral tertentu dapat membantu menangkis migraine. Kekurangan magnesium telah terbukti menyumbang kepada tercetusnya migraine.

Beri Perhatian Kepada Laporan Cuaca
Perubahan cuaca mempengaruhi migraine anda. Kelembapan dan suhu panas boleh merangsang sakit kepala. Jadi adalah penting untuk menyedari keadaan persekitaran. Jika cuaca menjadi tidak selesa, anda mungkin perlu berehat daripada melakukan aktiviti luar

Elakkan Tekanan
Walaupun kita tidak boleh sentiasa mengawal tekanan, namun kita boleh mengawal bagaimana cara kita bertindak balas kepadanya. Migrain adalah hasil biasa kejadian tekanan. Teknik relaksasi seperti meditasi, yoga dan biofeedback boleh membantu mengurangkan tahap tekanan, menenangkan badan dan fikiran.

Rawatan Akupuntur

Senaman dan Lain-lain
Ada yang mengatakan bahawa senaman biasa yang tetap, akupuntur, urutan dan rawatn kiropraktik dapat membantu mengawal migraine. Namun, tiada bukti saintifik yang mengatakan kaedah ini berkesan. Ada pakar sakit kepala yang telah melaporkan kejayaan dalam mencegah migraine menggunakan suntikan botox

Suplemen harian boleh membantu mengurangkan kebarangkalian dan kekerapan migraine. Kajian telah menunjukkan bahawa pengambilan 400mg riboflavin sehari boleh membantu mengelakkan migraine.

Antara cadangan suplemen Shaklee bagi membantu masalah migraine ialah

1.       B-Complex
~ Mengandungi 8 komponen penting vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12), termasuklah 100% biotin dan asid folik.
~ B-Complex Shaklee bertindak melawan tekanan bagi memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
~ B-Complex Shaklee juga bantu meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.

2.      Ostematrix
~ Ostematrix Shaklee mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
~ Ostematrix Shaklee membantu meringankan stress, ia membantu mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf
~ Ostematrix Shaklee mampu menggalakkan tidur yang selesa juga mmeperbaiki jantung berdebar, gementar, dapat memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam
~ Magnesium di dalam Ostematrix ini dapat membantu system saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf dan otot

3.       Omegaguard
~ Omegaguard Shaklee mengandungi rangkaian spectrum penuh 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Satu sajian Omegaguard dapat membekalkan 905mg-asid-lemak omega-2 EPA dan DHA.
~ Omegaguard Shaklee membantu mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan
~ Kajian membuktikan bahawa EPA dan DHA mempunyai keupayaan untuk menstabilkan emosi dan membantu dalam perkembangan kesihatan mental, termasuk kemurungan, tekanan, kebimbangan (anxiety), neurasthenia, insomnia, autism, kanak-kanak hiperaktif dan penyakit schizophrenia.
~ DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melincirkan salur darah dan peredaran darah yang lancer. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala.

Jadi, bagi anda yang ada tanda-tanda migraine atau sememangnya mengalami migraine, perkara pertama harus anda lakukan adalah bertenang, rehat secukupnya, ambil makanan seimbang dan amalkan suplemen bagi membantu masalah migraine anda.

Ingin cuba suplemen Shaklee ini, boleh hubungi Eina dan dapatkan konsultasi terbaik dari Eina ok.
 

~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Untuk Info & Order
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar