Minggu, 15 November 2015

Tingkatkan Kadar Metabolisme Untuk Turunkan Berat Badan dan Kekal Sihat



Metabolisme adalah semua tindak balas kimia yang berlaku di dalam organisma, termasuk yang berlaku di peringkat selular.

Secara umum, metabolisme mempunyai dua arah lintasan reaksi kimia organik

#1 Katabolisme iaitu reaksi yang mengurai molekul kompaun organik untuk mendapatkan tenaga
#2 Anabolisme iaitu reaksi yang merangkai kompaun organik dari molekul-molekul tertentu, untuk diserap oleh sel tubuh.

Kadar metabolisme bagi setiap individu berbeza. Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar metabolisme. Antaranya adalah faktor otot dan saiz tubuh badan. Seseorang yang mempunyai tubuh lebih besar biasanya mempunyai Basal Metabolisme Rate atau BMR yang besar. Ini disebabkan oleh organ internal yang lebih besar serta volume cairan yang diperlukan juga disesuaikan dengan keadaan tubuh. Jaringan otot juga mempengaruhi metabolisme pada tubuh anda . Otot memerlukan lebih banyak tenaga untuk berfungsi daripada lemak. Semakin banyak rangkaian otot , maka semakin banyak pula tenaga yang diperlukan oleh tubuh.

Selain itu, faktor umur dan genetikjuga mempengaruhi kadar metabolisme seseorang. Semakin bertambahnya usia , maka kadar metabolisme juga semakin menurun. Ini disebabkan kerana hilangnya sebahagian rangkaian otot serta perubahan hormon dan saraf. Sebaliknya, ketika bayi dan kanak-kanak memasuki masa pertumbuhan, semakin cepat pula proses metabolismenya.

Faktor genetik atau keturunan mempunyai peranan penting untuk menentukan sama ada seseorang mempunyai proses metabolisme yang cepat atau lambat. Selain itu, beberapa kelainan genetik juga boleh mempengaruhi proses metabolisme.

Kadar metabolisme boleh berubah. Bagi anda yang sedang cuba menurunkan berat badan, sekiranya kadar metabolisme anda tinggi, ia boleh membantu proses penurunan berat badan anda dengan lebih cepat. Jadi, sekiranya anda rasa berat badan anda susah turun, itu bermakna kadar metabolisme anda adalah rendah.

Bagaimana meningkatkan kadar metabolisme? Eina share beberapa cara atau tips untuk meningkatkan kadar metabolisme anda. (Sumber: KevinZahri)


#1 Minum Air Putih
Meminum 8 gelas air atau 2-3Liter air sehari boleh membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum. Lagi banyak anda minum, lagi cepat dan berkesan proses pembakaran dapat dilakukan.

#2 Makan Dengan Kerap dan Teratur
Makan dengan kerap dan teratur dapat membantu meningkatkan metabolisme. Jangan berlapar. Jangan abaikan sarapan pagi. Sekiranya anda tidak bersarapan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Mengambil hidangan kecil atau snek setiap 3 hingga 4 jam akan memastikan metabolisma anda terus bekerja, jadi anda membakar lebih banyak kalori sepanjang hari. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
Tahukah anda, makanan pedas juga membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.

#3 Tidur Secukupnya
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.

#4 Lakukan Senaman Pemberat (Weight Training)
Bersenam menggunakan pemberat (weight training) sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu. Ia dapat membina otot dan membakar lemak. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.

#5 Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.
Gantikan kopi atau teh tarik dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar kalori lebih banyak daripada biasa. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.

#6 Ambil Vitamin C dan Kalsium
Suplemen Vitamin C dan kalsium juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.

~~~
Semoga bermanfaat untuk anda yang ingin menurunkan berat badan atau ingin mengekalkan berat badan ideal. Next entry, Eina akan share suplemen Shaklee yang boleh bantu tingkatkan metabolisme anda dengan berkesan.

~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu.

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Info :-
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759

Tidak ada komentar:

Posting Komentar