Sabtu, 22 Agustus 2015

Zat Dalam Makanan Redakan Tekanan

Ada tak yang sedang tertekan sekarang? Apabila berada dalam keadaan tertekan kita pasti tercari-cari ubat yang mampu memulihkan tekanan kita kan. Jangan makan ubat sembarangan ya. Jika terpaksa, pastikan dapat nasihat doktor atau pakar-pakar kesihatan terlebih dahulu. Jika ambil ubat secara berlebihan tanpa nasihat doktor, takut-takut mengundang padah terhadap diri sendiri. Seeloknya kita fikirkan kesan pada kesihatan. Mungkin kita akan berasa tenang setelah mengambil ubat, tapi ianya hanya bersifat sementara.

Sejak Eina kenal Shaklee, memang Eina tak ambil apa-apa ubat dah selain B-Complex untuk legakan tekanan atau stress. Sangat berkesan tau. 

B-Complex Shaklee mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita. Ia bantu mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan. B-Complex juga mampu melegakan sakit kepala dan melawan tekanan. Baca lebih lanjut manfaat B-Complex di SINI

Selain dari pengambilan suplemen, di sekeliling kita juga banyak sumber-sumber lain yang semulajadi dan selamat di ambil untuk melegakan tekanan.

Apa yang terbaik adalah memilih makanan yang sudah terbukti selamat dan mudah diperolehi. Apatah lagi ia juga turut memberikan bonus jaminan kesihatan yang berkekalan untuk diri kita. Jadi haruslah bijak memilih yang sesuai bagi mengurangkan tekanan diri.

Terdapat beberapa jenis makanan yang dipercayai bersifat anti tekanan. Bukan sahaja lazat bahkan ia kaya dengan zat mineralnua berbanding ubat-ubatan. Ini antara makanan-makanan yang mempunyai keistimewaan bagi mengurangkan tekanan.

1. BADAM
Kacang lazat ibu mengandungi khasiat anti tekanan yabg sungguh luarbiasa. Badam dilengkapi dengan vitamin B2, vitamin E serta magnesium. Vitamin B dan magnesium membantu menenangkan dan mengendalikan mood. Manakala vitamin E pula kaya dengan kandungan antioksidan yang mampu menghancurkan radikal bebas yang menjadi punca tekanan. Sekaligus dapat melawan sakit jantung. Mengambilnya dalam anggaran segenggam dalam sehari sudah memadai kerana sekiranya berlebihan kandungan lemaknya mungkin boleh menyebabkan kegemukan.


2. ROTI GANDUM
Roti atau nasi putih adalah mengenyangkan tetapi setelah itu ia menyebabkan anda rasa mengantuk. Bahkan juga menjadikan anda gemuk jika dimakan secara berlebihan. Namun begitu, gandum mempunyai kesan yang berbeza. Gandum bukan sahaja mengenyangkan bahkan juga mengendalikan tekanan dalam jangkamasa yang lama. Cubalah! ;)

3. IKAN
Hampir semua jenis ikan mengandungi vitamin B lengkap terutamanya B6 dan B12. Ia merupakan sumber yang paking penting untuk meredakan tekanan. Tambahan lagi, vitamin B12 merupakan vitamin yang paling penting dalam mewujudkan zat 'kesenangan' yang dihasilkan oleh otak. Kekurangan vitamin B12 boleh mengakibatkan depresi. Amalkan memakan salad ikan tuna pada waktu siang atau malam. Boleh dimakan bersama nasi yang masih panas.


4. DAGING
Sumber daging sebenarnya tetap memberi kebaikan kepada tubuh jika anda bijak menilai khasiatnya. Walaupun daging mengandungi lemak tetapi daging turut mengandungi vitamin B serta zai besi yang kurang anda ketahui. Ianya sangat kaya dan bagus untuk anda yang sedang tertekan. Syaratnya, jangan makan terlalu banyak dan elakkan bahagian daging yang banyak dipenuhi oleh lemak.

5. SUSHI
Bagi pencinta sushi, anda tentu boleh berbangga kerana terbukti memberikan manfaat kepada kesihatan. Kini terdapat pelbagai jenis sushi di pasaran. Rumpai laut yang sering menjadi bahan campurannya dipercayai mempunyai khasiat yang sama seperti ikan yang juga terdapat di dalam campuran sushi. 'Panthothenic acid' yang terkandung didalamnya adalah penting untuk fungsi kelenjar adrenal dalam pengurusan tekanan tubuh. Kekurangan Panthothenic acid' ini boleh menyebabkan jangkitan, kelelahan serta merasa gelisah yang berpanjangan.

6. BROKOLI
Mengapa brokoli? Terbukti bahawa sayuran hijau segar ini mengandungi asid folik yang masih tergolong di dalam keluarga vitamin B. Asid folik ini berfungsi untuk meredakan tekanan, rasa panik, gelisah bahkan depresi berat. Brokoli sebaiknya direbus untuk mengekalkan kandungan zatnya. Tetapi ingat, anda harus mencucinya dahulu dengan air garam agar ulat-ulat sayur yang biasa terselit di dalam brokoli dapat dibuang.


7. BLUEBERI & STRAWBERI
Buah blueberi ini mudah ditemui. Sekiranya sukar untuk memperolehinya, strawberi pun boleh menjadi penggantinya. Kandungan antioksidan dan vitamin C didalamnya dapat membantu mengurangkan tekanan yang sedang anda alami. Buah yang enak ini juga rendah kalorinya sehingga boleh dimakan dalam kuantiti yang banyak tanpa mengalami kegemukan. Buah ini turut mengandungi serat didalamnya yang dapat membantu mengatasi masalah kekejangan serta sembelit yang sering berlaku sewaktu sedang tertekan. Jadikanlah blueberi sebagai snek dalam kandungan seharian anda. Rasailah kelebihannya sendiri.

8. SUSU


Sebelum mengambilnya, cari jenis susu yang paling sesuai dengan tubuh anda. Pilihan Eina sudah pasti ESP (Energizing Soy Protein) Hehe. Susu mengandungi antioksidan yang dapat menghancurkan radikal bebas penyebab tekanan. Susu boleh diminum pada setiap waktu pagi atau malam sebelum tidur.

Ok semua jenis makanan di atas, anda suka dan mudah diperolehi. Jadi boleh diamalkan bagi anda yang sering mengalami tekanan. Oh ya, suplemen juga sangat membantu. :)

Moga bermanfaat ya.

~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Untuk Info & Order
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar