Sabtu, 29 Agustus 2015

Siri Wanita Anggun ~ Sihat #1




Wanita dan kecantikan sangat sinonim. Untuk cantik wanita sanggup berhabis ribuan ringgit dengan mengguna pelbagai jenis kosmetik. Adakalanya hasilnya tidak berbaloi dan belum tentu ia sesuai dengan kulit wajah kita.

Tapi sebenarnya kita lupa, untuk cantik luaran yang paling penting ialah SIHAT dalaman. Cuba bayangkan kalau dalaman kita tak sihat, apa saja kosmetik kita guna, mahal macam mana sekalipun, ya mungkin dapat tutup cela yang ada, tapi ia takkan bertahan lama. Jadi, tubuh badan kena SIHAT dulu ya.

GAYA HIDUP SIHAT adalah gaya hidup yang harus kita amalkan bagi mengekalkan kesihatan & kecantikan diri. 

Antara amalan gaya hidup sihat yang harus kita amalkan ialah amalkan pemakanan sihat, sentiasa bersenam, jaga kebersihan diri, jaga kebersihan persekitaran, minum banyak air, makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

Mengamalkan pemakanan secara SIHAT membantu kulit manjadi SIHAT. Kulit mendapat manfaat yang besar dengan makanan yang berkhasiat, termasuk lemak yang menyihatkan, protein yang cukup, sayur sayuran serta buah-buahan.

Pengambilan suplemen juga perlu dan penting ya. Kebanyakan orang tahu pemakanan yang kaya dengan vitamin dan mineral seimbang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Pun begitu, hal ini sering diabaikan. Oleh sebab itu, anda perlulah berubah sikap! 

Tabiat pengambilan suplemen vitamin dan mineral boleh membantu mengatasi masalah ini. Tambahan pula suplemen multivitamin yang diambil setiap hari boleh menyediakan seribu satu kebaikan dalam jangka masa panjang dalam menampung keperluan zat pemakanan yang tentunya kurang dalam pemakanan anda.

Lakukan aktiviti SIHAT juga ya. Sesekali cubalah bersenam untuk keluarkan peluh. Bersenam juga membantu meningkatkan kesegaran tubuh badan disamping meningkatkan kesihatan. 

Oh ya, sebaik-baiknya elakkan daripada merokok atau terkena asap rokok. Kerana ia boleh menyebabkan kulit cepat berkedut. Tambahan pula merokok sangat berbahaya untuk kesihatan si perokok mahupun orang disekelilingnya.

~~~~~

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Info:-
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat

~ Instagram : kulit_cantik_halus_gebu 
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com

Tidak ada komentar:

Posting Komentar