Weekend baru ni Eina sangat sibuk. Badan terasa sangat letih, dengan tidurnya tak cukup. Fuhhhh memang mencabar.
Jumaat lepas Eina balik kampung hubby sebab ada kenduri doa selamat sebelum keberangkatan mak mertua, kakak ipar dan ahli keluarga lain ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Umrah. Walaupun guna khidmat catering, tapi kenduri kat kampung tak macam di bandar. Tetap juga sibuk di rumah.
Sabtu Eina balik Subang semula, sekali dengan mak mertua dan semua family kakak ipar Eina. Sebabnya dekat sikit nak ke KLIA ahad tu. So, semalam Eina ke KLIA hantar mak mertua, kakak ipar dan beberapa lagi ahli keluarga lain untuk pergi menunaikan Umrah.
Pada asalnya, flight pukul 10 pagi, lebih kurang pukul 7.30pg kami dah ada kat KLIA. Tetiba diberitahu flight delayed plak sampai pukul 12 tgh hari. Berkampung la ramai-ramai kat airport tu hampir 4 jam. Sampai tertido-tido adik Mia, hehe.
Bila tiba masa semua jemaah kena masuk, salam peluk cium dengan semua family, Ilham pun pandai sedih bila tengok Uwan nyer nak pergi.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan yang baik buat semua jemaah menunaikan Umrah.
InshaaAllah ya anak-anak, nanti kita plak satu family ke Tanah Suci Mekah. Amiinnn :)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar