Kamis, 03 Desember 2015

Kisah Minggu-minggu Terakhir Persekolahan Ilham Ziqri



Assalamualaikum

Dah lama dah nak update tentang anak bujang sorang ni. Tapi selalu tertangguh. Hihi. Dah masuk 3 minggu cuti sekolah ni, apa aktiviti ibu-ibu yang ada anak tu ya. Bercuti kemana? Ermm aktiviti Eina, sama macam ibu surirumah lain, buat kerja-kerja harian kat rumah sambil layan anak-anak. Cuma rutin bertukar sikit la, kalau dulu setiap hari akan uruskan Ilham ke sekolah, then tengah hari Eina akan pergi jemput Ilham balik. Tapi cuti sekolah ni, memang seharian melayan anak-anak syurga Eina.


Alhamdulillah selesai sesi persekolahan Ilham di Genius Aulad untuk tahun 2015. Sekejap je dah besar anak bujang Eina ni, tahun depan dah 5 tahun usianya. 


Pada 18hb November yang lepas, Genius Aulad mengadakan Little Ihtifal & Showcase iaitu hari penyampaian sijil bagi student yang berumur 6 tahun dan persembahan/konsert dari semua student dari Genius Aulad. Excited juga ibu nak tengok Ilham atas stage buat persembahan. Hehe

Ilham cakap dia jadi 'fish', ibu pun tak dapat bayangkan rupanya macam mana. Hehe. Hampir 2 jam juga tunggu nak tengok persembahan dari Ilham & kawan2. 


Sampai jer part 'fish' keluar, ibu terus ke depan stage nak ambil gambar Ilham. Tetiba ibu rasa sebak plak, bila tengok Ilham atas stage tu, haha tapi tetap rasa bangga  tau. 


Nampak tak muka monyok tu, ada kejadian sebelum dia naik stage. Lagi satu, dia cari ibu & ayah kat bawah, tapi dia tak nampak. Hehe. Kelakar jer anak bujang sorang ni.

Nasib baik part berkumpul ramai2 tu dia nampak ibu, barulah dia ada senyum sikit. Tapi dia tak nampak ayah, sebab masa tu ayahnya tengah pangku adiknya tido. Selesai je majlis, dia tanya, "kenapa ayah tak tengok abang tadi, abang tak nampak ayah pun" hehe


Apapun, ibu, ayah & adik mia very proud of you abg am. Be a good boy, smart boy and become a good khalifah of Allah ya.

Selepas seminggu, ibu & ayah ke sekolah untuk RCPD (Report Card Pickup Day) plak. Excited nak tau progress Ilham kat sekolah. Teacher cakap "Ilham is very focused, one of fastest learner, reading skill is very good". Wahhh, kira ok la sebab dia baru 4 years kan. Banyak yang positif. Alhamdulillah, seronok ibu dengar. :)


Then, teacher bagi semua buku2, hasil kerja Ilham sepanjang di sekolah dan gambar kelas sebagai kenangan.


Sekarang tengah cuti panjang, Ilham selalu tanya, "bila nak sekolah ni". Rindu kawan2 la tu, bosan duduk rumah jer agaknya. Hehe. 

Okla, panjang lebar cerita pasal anak bujang Ilham Ziqri ni. Thanks pada yang sudi baca ya :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar