Tampilkan postingan dengan label Cinch Energy Tea Mix. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Cinch Energy Tea Mix. Tampilkan semua postingan

Senin, 16 November 2015

Cinch Tea Mix Bantu Tingkatkan Metabolisme

Hai semua, sebelum ini Eina ada up entry berkaitan Metabolisme dan juga tips untuk tingkatkan kadar metabolisme. Boleh baca sini >>> Tingkatkan Kadar Metabolisme Untuk Turunkan Berat Badan dan Kekal Sihat 

Dalam entry tersebut, Eina ada share Teh Hijau atau Teh Oolong boleh membantu tingkatkan kadar metabolisme. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme serta membakar kalori lebih banyak daripada biasa. 

Shaklee juga ada Teh istimewa yang boleh bantu tingkatkan kadar metabolisme anda juga boleh bantu turunkan berat badan. InshaaAllah.

Cinch Tea Mix atau Cinch Energy Tea ini sangat istimewa kerana bukan sahaja mengandungi teh hijau, malah terdapat juga teh putih dan teh merah yang diadun bersama untuk menambah tenaga dan meningkatkan kesihatan


Teh putih, merah dan hijau Matcha (teh hijau premier untuk majlis keramaian di Jepun) dipetik dengan berhati-hati dan diadun untuk menghasilkan minuman yang sungguh menyihatkan ini. Ia merangsang tenaga secara semula jadi, meningkatkan kesihatan dan menenteramkan minda.
  • Bertindak dengan cara yang selamat untuk menambahkan tenaga semula jadi. Enak diminum panas atau sejuk
  • Juga mengandungi taurina, yang telah dikaji secara meluas dan terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan, tenaga dan stamina
  • Paket kecil yang ringkas dan mudah disediakan
  • Alternatif yang sempurna kepada snek manis dan kopi untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan mengangkat tenaga cepat
  • Ramuan T-Lift® eksklusif daripada teh hijau, putih dan merah
  • Bebas gluten; tiada perisa, pewarna atau pemanis tiruan

Kandungan Cinch Tea Mix


1. Matcha Green Tea Powder
Disediakan secara semulajadi untuk menyimpan semua nutrien yang terdapat dalam daun teh termasuk serat, mineral dan antioksidan

2. Red Tea Extract
Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat. Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ia merupakan aktioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor daripada merebak.

3. White Tea Extract
Juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau.

4. Rooibos Red Tea Extract
Tumbuhan unik yang berasal di Afrika Selatan, kaya dengan sebatian polifenol - antioksidan.

~~~~~

Selain dari ESP, Cinch Tea ini juga salah satu minuman wajib Eina setiap hari. Memang best dan sangat membantu menambah tenaga sepanjang hari. Cinch Tea ini juga bantu meningkatkan kadar metabolisme Eina dengan mengekalkan berat badan ideal Eina sekarang. Alhamdulillah ;)

~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu.

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Info :-
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759

Kamis, 27 November 2014

Diet Secara Sihat Dengan Shape Up Set

Seperti yang Eina janjikan, kali ni Eina cerita lebih detail tentang "Shape Up Set". Set ini merupakan vitamin/suplemen yang dicadangkan untuk anda yang cuba untuk turunkan berat badan. 

Ingin kurus dengan sihat, kita perlu tahu kitaran diet yang betul. Supaya tidak menjadi "Yo-yo Diet". Sebab kadang-kadang kita rasa berat kita dah kurang, tapi lemak dalam badan masih ada dan tidak dapat dikeluarkan dengan efektif. Kesannya badan akan kelihatan letih dan tidak bermaya serta melendut/menggelebeh. 


Konsep 3B masih lagi digunakan ya. Ini adalah sangat penting, kerana kita bukan hanya mahu kurus, tapi kita juga menitikberatkan pemeliharaan kesihatan. 

Ok, tau tak apa dia konsep 3B? 3B bermaksud Bakar, Buang, Bina. Untuk turunkan berat badan secara efektif konsep 3B ini sangat penting.

Bakar ▶️ Untuk membakar lemak atau kolesterol disamping memecahkan lemak dalam badan.

Buang ▶️ Untuk membuang segala toksin-toksin & lemak yang telah dibakar dan dipecahkan tadi.

Bina ▶️ Ini penting bagi membina semula sel-sel yang baru dan otot. Juga bagi mengekalkan bentuk badan supaya tiada bahagian yang kelihatan menggelebeh kesan dari penurunan berat badan

Ok, jom kita baca fungsi sepenuhnya "Shape Up Set" ini.

Shape Up Set
===========



1. Lecithin
✔️ Menghalang akumulasi lemak dan kolesterol tidak baik
✔️ Menghalang Obesiti
✔️ Memecah dan membakar lemak

2. Herblax
✔️ Menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut bagi membantu proses semulajadi tubuh badan
✔️ Membuang toksin dalam badan
✔️ Sebagai agen detox

3. Cinch Shake
✔️ Diperkaya dengan Leusina dan mengenyangkan.
✔️ Menghalang kehilangan otot disamping melindungi metabolisma
✔️ Meningkatkan kehilangan lemak
✔️ Mengekalkan tisu otot

4. Cinch Energy Tea Mix
✔️ Teh ekslusif dengan Teh Hijau, Roibos Merah & Putih
✔️ Meningkatkan metabolisma
✔️ Penggalak tenaga
✔️ Tinggi dalam antioksidan

Ok. Jika ada yang berminat nak cuba, boleh contact Eina yer. Konsultasi terbaikk akan Eina cuba berikan untuk anda.

~~~~~
Nota:- Kesan pengambilan adalah berbeza pada setiap individu. Suplemen Shaklee ini adalah salah satu medium/alternatif untuk membantu anda, bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

"Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”

Untuk Info & Order
Eina Md Ali
~ Shaklee Independent Distributor (ID - 892529) 
~ FB Pages : Vitamin Kesihatan Sejagat
~ SMS/Whatsapp : 019 227 5759
~ Email: inna.mdali@gmail.com